Friday 17 February 2012

KITA SEMUA ADALAH ISTIMEWA

KITA SEMUA ADALAH ISTIMEWA......
Setiap drpd kita dilahirkan drpd rahim seorg ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jgn pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, riang gembira oleh ibu & ayah. Biarpun 1 dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sbb itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada 1 perkara yg harus disedari supaya kita tak berasa lemah, itulah dia "We are special!". Kita punya akal. Jika tidak mustahil kita dpt membaca ayat2 yg ditulis ini kan? Akal adalah anugerah Allah yg tak terhingga. Ia membezakan antara manusia dgn haiwan & tumbuh-tumbuhan. Manusia yg sering menghina diri sendiri & bersikap lemah di hadapan org lain sebenarnya sdg bersikap kufur dgn nikmat Allah. Dia tak tahu menghargai nikmat akal yg dianugerahkan kpdnya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tak mahu diterima & dianggap tak bernilai. "Aku bodoh, mereka pandai...aku lemah tak punya apa2, mereka hebat & kaya raya." Ketahuilah bahawasanya, org yg tak tahu menghargai diri sendiri adalah org yg tak tahu berterima kasih & bersyukur kpd Allah S.W.T. Maka, menyedari bahawa kita semua adalah istimewa adalah jalan terbaik menjadi hamba-Nya yg bersyukur.

Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dlm bentuk yg sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dgn keadaannya)." (At-Tin:4)

Keangkuhan & keengganan kita utk menghargai ciptaan Allah, iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah & menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya.

Firman Allah:
"Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yg rendah." (At-Tin:5)

Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, maka kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan utk berbakti & taat kpd Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dlm kehidupan & menjadikan kita lebih bertenaga & yakin utk melangkah. Kita tak lagi merasa sedih & lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yg dikehendaki Allah. Kesimpulannya, ada 1001 sebab yg boleh kita rungkaikan utk membuktikan bahawa kita adalah istimewa. Wallahu a'lam....

Monday 22 August 2011

ALASAN KEBIASAAN MEREKA YANG DEDAH AURAT



1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku."

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling


2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)


3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul.”

Jawapan:
Allah S.W.T dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.


4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung.”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia.”

Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.




p/s : Maaf tidak berniat untuk menyinggung sesiapa pun...Tujuan hanyalah utk berkongsi & menyampaikan sesuatu utk dijadikan pedoman...Renung2kan dan selamat beramal utk kebaikan ummah.. -_- (bertudunglah anda sebelum anda ditudungkan) 

Friday 10 June 2011

KAHWIN ~ KAWIN ~ MARRY

Tengah aku dok sembang-sembang dengan family kat ruang tamu, sampai part nak bagi adik aku menikah, tiba-tiba tanpa diduga ayat pemusnah keluaq dari mulut mak aku..."Hang nak kawin dengan sapa Ayet?"...Errrrr...Teruih terasa macam jantung ditusuk pedang...Haha...Nasib baik aku mengaji sampai diploma, ada gak ilmu nak jawab...Dengan slumber muka tak bersalah aku jawab..."Tak dak sapa lagi, mak cari la sat. Ada orang Ayet kawin la, takdak tak kawin la."...Terer betoi mak bagi soalan malam-malam ni, mentang-mentang la lani tema orang pakat dok kawin...

P/S ~ Haaa ni nak pesan kat mak, kalau nak suruh anak mak ni kawin sangat, pi la masuk minang orang dalam gambar kat bawah ni...Takpun cari hat paling lekeh pun macam dia dah la...Orang kata, tak dapat hat cantik-cantik dapat hat comei pun jadi la...Muahahaha ♥♥♥





Thursday 2 June 2011

HASIL TERKUMPUL KARYA NUKILAN HATIKU

Emmm sebelum wujudnya blog ni, facebook lah satu2nya tempat aku meluahkan, menghasilkan, menge'post'kan, dan segala 'me' 'me' lagi lah...Kebanyakan apa yang dihasilkan dan diluahkan memang 100% datang dari gerak hati dan jari aku taip apa yang nak taip (kira truly original lah, no copy2, kalau ada nak sama pun mungkin kebetulan)...Tapi tak dinafikan ada juga lah sekerat dua yang aku copy 100% sebab aku kagum & tertarik dengan ayat tu...Kat bawah ni la hasil terkumpul karya2 aku yang selama ni dok bertahta kat aku punya FB tu...p/s ~ Kononnya cita2 nak jadi karyawan dengan pakar motivasi@kaunselor, tapi tak kesampaian maka jadi la hat tak bertauliah...huhu...Sama-sama kita renungkan ayat2 di bawah dan selamat beramal v(^_^)v ♥♥♥

~> "Biar kita gagal sbb mencuba drpd gagal sbb tak berani mencuba atau menyerah sebelum mencuba kerana ia adalah pengalaman plg berharga yg dpt membantu kita memperbaiki diri atas kegagalan itu. Kerana kejayaan pasti akan dtg kpd org yg sentiasa berusaha dan berani utk menerima kegagalan dlm mencapai kejayaan." (11/12/2010)

~> "They say past is past. We need to move on to see the future. But how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future. But for me, life must goes on. Who know maybe the future is much more better than the past. Only Allah know it." (26/01/2011)

~> "Jika anda takut untuk membiarkan orang lain melihat dan tahu kelemahan diri anda, maka ingatlah: Tiada manusia yang sempurna melainkan Nabi dan Rasul. Bahkan usaha anda utk menyembunyikan kekurangan anda tidak akan berfungsi seperti yg anda harapkan kerana lambat laun pasti akan diketahui juga. Renung-renungkanlah." (01/03/2011)

~> Persoalannya: "Perlukah kita luahkan perasaan kpd org yg kita tahu mungkin tidak akan terima kita? Atau simpan saja perasaan itu di dlm hati. Tak semua benda kita nak kita akan dapat. Jalan yg terbaik adalah berdoa kepada Allah supaya kita diterima. Allah penentu segalanya, maka cintailah Allah S.W.T lebih dari segalanya." (01/03/2011)

~> "Adalah menyakitkan apabila kita mencintai seseorang tetapi cinta itu tidak dibalas. Tetapi apa yg lebih menyakitkan adalah apabila kita mencintai seseorang itu tetapi tidak cuba berusaha utk pastikan seseorang itu tahu akan perasaan kita terhadapnya. Biar gagal setelah berusaha drpd gagal kerana tidak mahu berusaha." (01/03/2011)

~> ‎"Jangan membazirkan masa dan minit-minit berharga anda dengan memikirkan dan membenci orang-orang yang anda tidak sukai, tetapi gunakanlah ia dengan sebaik mungkin agar hidup anda sentiasa gembira dan bahagia tanpa sebarang tekanan dan perasaan benci. InsyaAllah!" (01/03/2011)

~> ‎"Dalam menentukan nasib anda di masa hadapan, tidak semestinya anda perlu membuat keputusan yang sukar dan besar, tetapi kadang-kadang keputusan paling kecil dan mudah yang anda lakukan mungkin akan mengubah hidup anda selama-lamanya." (02/03/2011)

~> "Biarkan masa lalu berlalu pergi selamanya dan teruslah pandang ke hadapan dengan penuh keyakinan diri demi mencapai impian untuk menjalani kehidupan seperti yang diimpikan." (02/03/2011)

~> "Ungkapan 'MAAF' adalah umpama minyak wangi yang harum kepada tubuh badan, di mana ianya dapat mengubah suasana getir menjadi indah." (03/03/2011)

~> ‎"Suatu hubungan akan menjadi lebih mudah apabila kita menyedari bahawa kita tidak perlu menjadi orang yang bersalah untuk mengungkapkan perkataan maaf. Kerana permintaan maaf adalah umpama ubat kehidupan yang dapat menyembuhkan apa sahaja masalah dan persengketaan dalam perhubungan." (03/03/2011)

~> ‎"Terdapat perbezaan yang ketara di antara mengetahui dan memahami; kerana kita mampu untuk mengetahui terlalu banyak perkara tetapi belum tentu dapat memahami akan perkara tersebut. Maka, dalam menuntut ilmu kita perlu tahu dan faham dengan apa yang dipelajari barulah ilmu tersebut akan menjadi lengkap dan sempurna." (04/03/2011)

~> ‎‎‎"Dengan hanya mempunyai ilmu pengetahuan sahaja masih belum cukup sempurna, kerana kita perlu mempraktikkannya, dan dgn hanya pandai berkata-kata sahaja masih belum cukup sempurna, kerana kita perlu melakukannya. Hidup akan lebih sempurna sekiranya kita memperoleh pengetahuan & pengalaman kerana pengalaman ibarat lauk-pauk manakala pengetahuan ibarat nasi, di mana pengalaman akan melengkapkan pengetahuan yg ada." (04/03/2011)

~> ‎'TRUE FRIEND' - "Sahabat yang sebenar adalah seseorang yang memahami masa lalu anda, mempercayai masa hadapan anda, dan menerima anda sebagaimana diri anda seadanya." (07/03/2011)

~> ‎‎"Sesungguhnya teman sejati sukar untuk dicari, sukar untuk ditinggalkan, dan sukar untuk dilupakan hingga akhir hayat." (07/03/2011)

~> ‎‎"Jangan berjalan di belakang ku, kerana aku mungkin tidak dapat memimpinmu, jangan pula berjalan di hadapan ku, kerana aku mungkin tidak dapat mengikutimu. Tetapi berjalanlah disampingku dan jadilah temanku dunia akhirat." (07/03/2011)

~> ‎"Antara ujian yang paling berat dalam sesebuah persahabatan/perhubungan adalah utk memberitahu rakan anda akan keburukan sikapnya dan kesalahan yg dilakukannya. Dan lebih menyakitkan apabila rakan anda tidak dpt menerima teguran yg diberikan. Maka jalan yg terbaik utk memastikan hubungan itu kekal adalah dgn berdoa kepada Allah S.W.T agar dibukakan pintu hatinya utk berubah ke arah kebaikan." (09/03/2011)

~> "Adalah menyakitkan apabila melihat orang yang kita cintai bahagia dengan orang lain, tetapi lebih menyakitkan apabila mengetahui bahawa orang yg kita cintai tidak bahagia dengan kita." (10/03/2011)

~> ‎"Janganlah kita mencari cinta, tetapi biarlah cinta datang mencari kita. Itulah sebabnya ia disebut JATUH CINTA, kerana kita tidak memaksa diri kita untuk mencintai seseorang, tetapi tanpa disedari kita telah mencintai seseorang itu dengan penuh ketulusan hati." (11/03/2011)

~> ‎"Sesetengah orang hadir dalam hidup kita tanpa dirancang dan pergi dengan begitu cepat tanpa disedari, dan sesetengah pula kekal hanya untuk seketika, meninggalkan jejak dalam hati kita. Tetapi yang kekal hingga akhir hayat itulah yang dicari-cari dan dialah yang bergelar TEMAN SEJATI." (11/03/2011)

~> ‎‎"Berjalan bersama seorang teman dalam kegelapan adalah jauh lebih baik daripada berjalan seorang diri dalam kecerahan cahaya." (11/03/2011)

~> ‎"Jika kita bersendirian, dia akan menjadi bayang-bayang kita. Jika kita menangis, dia akan menjadi bahu kita. Jika kita inginkan pelukan, dia akan menjadi bantal kita. Jika kita perlukan kebahagiaan, dia akan menjadi teman setia kita. Dan jika kita perlukan teman, dia akan menjadi dirinya seadanya. Itulah TEMAN SEJATI." (13/03/2011)

~> ‎‎"Semua orang hanya mampu mendengar apa yang kita ucapkan. Rakan-rakan pula hanya menghayati apa yang kita ucapkan. Tetapi teman baik boleh mendengar dan menghayati apa yang kita tidak ucapkan hanya melalui gerak-geri dan riak wajah kita. Itulah kelebihan yang ada pada seorang teman." (13/03/2011)

~> ‎‎"Perhubungan diibaratkan seperti kaca. Di mana kadang-kadang adalah lebih baik jika membiarkannya pecah daripada mencederakan diri dengan cuba untuk mencantumkannya semula." (13/03/2011)

~> ‎‎‎"Jangan sesekali kamu mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih ingin mencuba. Jangan sesekali kamu berputus asa sekiranya kamu masih mampu berusaha mendapatkannya. Dan janganlah sesekali kamu berkata bahawa kamu tidak mencintai seseorang sedangkan sukar untuk kamu melupakan dan melepaskan dia pergi. Maka berusahalah selagi termampu." (13/03/2011)

~> ‎‎‎"Jumlah kegembiraan yg ada dalam hidup anda adalah bergantung kpd sebanyak mana jumlah kebebasan yg terdapat di dalam hati anda. Sekiranya anda inginkan kegembiraan maka tetapkan hala tuju yg mengawal fikiran anda, membebaskan tenaga anda, dan menginspirasi harapan anda. Dan yg paling penting, berdoa dan bertawakkal lah kpd Allah S.W.T. InsyaAllah kegembiraan pasti datang menemui hidup anda." (13/03/2011)

~> ‎‎‎"Hidup boleh diibaratkan seperti air di lautan, di mana ianya tidak dapat diramal. Kadang ia tenang dan kadang pula ianya bergelora dengan ombak yang besar, tetapi kadang ia kembali tenang dan begitulah sebaliknya. Hanya Allah S.W.T yang Maha mengetahui dan penentu segalanya." (15/03/2011)

~> "Setiap pagi, apabila aku membuka mataku tika bangun dari tidur, pasti aku akan berkata kepada diriku; Semalam telah berlalu, Alhamdulillah aku masih bernyawa. Esok pula masih belum tiba, siapa tahu mungkin aku tidak sempat menanti esok tiba dan hari ini adalah yg terakhir buatku. Jadi akan aku gunakan hari ini dgn sebaiknya agar dapat gembirakan dan bahagiakan semua insan yg mengenali diriku. Ampun maaf dunia akhirat." (15/03/2011)

~> ‎" 'JANJI' diibaratkan seperti bayi; mudah ketika dihasilkan tetapi sukar utk dilahirkan. Manusia mudah melafazkan janji tetapi sukar untuk berpegang dan menunaikannya. Bezanya terpulang kepada individu tersebut, samada dia seorang yg boleh dipercayai atau tidak dan seorang yg berpegang pada janji atau tidak. Tiada manusia yg sempurna melainkan Nabi dan Rasul. Cuma kita yg boleh tentukn samada kita seorang yg berpegang pd janji atau tidak . Renung-renungkanlah." (19/03/2011)

~> "Batu loncatan untuk mendapat kejayaan yang seimbang adalah keimanan, kejujuran, perwatakan, integriti, cinta, dan kesetiaan. Dengan adanya keseimbangan tersebut, InsyaAllah dengan izin Allah kejayaan pasti menyusul." (19/03/2011)

~> "Sesetengah orang hadir dalam hidup kita tanpa dirancang dan pergi dengan begitu cepat tanpa disedari, dan sesetengah pula kekal hanya untuk seketika, meninggalkan jejak dalam hati kita. Tetapi yang kekal hingga akhir hayat itulah yang dicari-cari." (20/03/2011)

~> "Begitu mudah dan cepat untuk orang hadir dalam hidup kita rapat dengan kita, tapi selepas itu tersangat mudah untuk orang lupakan kita dan hilang dalam hidup kita. Itulah yg dinamakan MANUSIA. Kadang-kadang dia boleh membahagiakan kita dan kadang-kadang boleh melukakan hati kita." (20/03/2011)

~> "Salah satu perkara yang paling sukar dalam hidup adalah apabila kita memiliki kata-kata dalam hati tetapi tidak mampu untuk diungkap dan diluahkan kepada seseorang demi menjaga hatinya." (21/03/2011)

~> "SABAR, satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan gembira, bahagia dan aman damai seperti sekarang. Maka banyakkan lah bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman." (24/03/2011)

~> "Mempunyai 1 sahabat sejati lebih berharga dari 1000 teman yg mementingkan diri sendiri. Apa yg kita alami demi teman kadang2 melelahkan & menjengkelkan, tetapi itulah yg membuatkan persahabatan mempunyai nilai yg indah. Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yg telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yg begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya." (24/03/2011)

~> "Kadang-kadang diam lebih baik dari berkata-kata. Bukan lupa mahupun tidak suka, bahkan rindu membuak-buak. Tetapi ada hikmah di sebalik berdiam diri. InsyaAllah pasti akan terjawab segala persoalan. Bukan semua benda yg kita nak kita akan dapat. Bersikap rendah diri adalah lebih baik daripada bersikap ego dan tinggi diri. Dan sentiasa percaya bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya. Yang baik pasti dibalas baik dan yg tidak baik ada balasannya." (24/03/2011)

~> "Aduhai wanita. Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri dgn sebaik-baiknya ke arah jalan yg diredhai Allah S.W.T." (24/03/2011)

~> "Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yg berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yg siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai kebahagiaan." (26/03/2011)

~> "Keluarga adalah tempat paling sesuai untuk kita berkongsi segala rahsia dan masalah yg terpendam. Tempat di mana kita belajar mulakan hidup dalam dunia yg berbeza. Berkorban demi keluarga tanpa ada rasa kerugian pada diri sendiri bahkan sanggup lakukan apa saja dgn penuh keikhlasan hati dan bertarung nyawa demi mempertahankan keluarga. Maka sayangilah keluarga anda selagi masih bernyawa." (28/03/2011)

~> "Hargailah ibu bapa dan keluarga kita selagi mereka masih bernyawa. Kerana walaupun kita hidup tanpa ada org  atau pasangan yg sayang dan cintakan kita, tapi ibu bapa dan keluarga tetap sayang dan cintakan kita hingga akhir hayat. Dan hargailah juga orang-orang disekeliling kita selagi kita masih bernyawa kerana sesungguhnya setiap yg hidup akan mati. Mungkin sekarang kita masih mampu melihat mereka semua, tapi mungkin esok kita dah tak dapat nak lihat semuanya." (28/03/2011)

~> "Walau apapun yang kita lakukan dalam hidup, lakukanlah segalanya dengan penuh keikhlasan hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Nescaya hidup kita sentiasa diberkati Allah S.W.T." (28/03/2011)

~> "Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yg tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yg menjalani kehidupan mengikut apa yg Islam anjurkan. Percayalah dgn sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dgn sifat sabar ini juga kita menjadi dewasa sehingga kini." (29/03/2011)

~> "Sabar bukan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja, tapi ia perlu setiap masa dan di mana jua kerana hidup kita tak pernah lari dari diuji dgn pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan melangkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah bertolak-ansur, supaya org lain juga mudah bertolak ansur dgn kita. Janganlah sentiasa mencari salah org lain, supaya org lain tidak mencari salah kita." (29/03/2011)

~> "Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah 1 permulaan yg baik jika ditangani dgn positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah, kita tetap ada Allah S.W.T. Semuanya dari Allah. Dan segala yg datang dari Allah adalah baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Maka cintailah Allah lebih dari segala-galanya." (29/03/2011)

~> "Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana hanya Allah S.W.T. yang lebih mengetahui. Dialah yang bernama JODOH." (30/03/2011)

~> "Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak penipuan dari kebenaran. Bila merancang, banyak manis dari pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Inilah lumrah org bercinta. Oleh itu, elakkan mengenali pasangan anda terlalu rapat sebelum berkahwin kerana takut anda akan terkejut dgn perubahannya selepas berkahwin." (30/03/2011)

~> "Kita tidak boleh terus menyalahkan orang lain di atas apa yang menimpa kita. Hidup kita adalah tanggungjawab kita sendiri, justeru setiap yang berlaku dalam kehidupan kita adalah pilihan kita sebenarnya. Kerana sesungguhnya telah dinyatakan bahawa Allah Maha Adil. Jika kita berbuat kebaikan maka akan dibalas dgn kebaikan dan begitulah sebaliknya." (31/03/2011)

~> "Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan harta itu adalah sekadar ujian dari Allah S.W.T. ke atas hamba-Nya. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini dan terjebak dengan sikap-sikap angkuh, bongkak, riak, takabbur dan yang sama waktu dengannya. Tetapi bagi mereka yang kuat imannya, maka Allah akan melipat gandakan rezeki mereka." (31/03/2011)

~> "Kalau kita melakukan perkara yg baik dan berbuat kebaikan pada orang lain, InsyaAllah pasti Allah akan membalas dengan kebaikan. Tetapi ingatlah, jika kita melakukan perkara yg tidak baik dan berbuat keburukan pada orang lain apatah lagi semata-mata kerana EGO atau membalas dendam, pasti akan mendapat balasan yg setimpal dr Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah Maha Adil." (06/04/2011)

~> "Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika." (09/04/2011)

~> "Walau berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan dapat merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong. Pasti segala tangisan dan kekecewaan akan hilang dan muncul kegembiraan serta kebahagiaan dalam hidup. InsyaAllah." (10/04/2011)

~> "Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. DIA mahu menguji hambaNYA supaya jika kita bersabar, InsyaAllah kita akan mendapat ganjaranNya." (10/04/2011)

~> "Belajarlah dari perkara yg berlaku kelmarin, teruskan kehidupan untuk hari ini, dan sentiasa berharap untuk esok. Yang penting adalah sentiasa hidup dalam persoalan dan pandang ke depan. Jangan sesekali putus harapan. Jangan terlalu cepat mengharapkan sesuatu dan mempercayai seseorang. Teruslah mencari hidayah dan rahmat dr Allah S.W.T." (11/04/2011)

~> "Berdoalah kepada Allah S.W.T yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akan setiap pekara di atas dunia ini. Bertaubatlah selagi kita masih diberi waktu oleh Allah. Carilah cinta Allah S.W.T, satu-satunya cinta abadi yang tiada penipuan, kecewaan dan kekal." (12/04/2011)

~> "Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu. Perbezaan antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman. Jangan melulu oleh api kemarahan. Sebaik-baiknya kawal lah perasaan agar sentiasa di pertengahan agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T." (13/04/2011)

~> "Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu." (13/04/2011)

~> "Tanpa permulaan kita tidak akan sampai ke mana-mana. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati. Apabila semua benda kelihatan semakin menghilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada. Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah. Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal." (14/04/2011)

~> "Yang meninggalkan takkan menangisi apa yg terjadi. Jika ada pun, tidaklah seteruk yg ditinggalkan. Yg ditinggalkan itulah yg akan merasa kecewa, sedih, pilu, hiba dan sebagainya. Itulah fitrah insan, kita suka meninggalkan, tapi kita tidak suka ditinggalkan. Tapi ingatlah, segala yg terjadi kerana Allah menguji, menduga, dan juga membalas segala kesalahan lampau kita." (14/04/2011)

~> "Yang baik itu jangan disangka baik dan yang jahat itu jangan disangka jahat. Kerana yang baik itu kita tidak tahu sejauh mana kebaikan dan kejahatannya dan yang jahat itu pula kita tidak tahu sejauh mana kejahatan dan kebaikannya." (14/04/2011)

~> "Ingatlah, takkan terjadi pertemuan dan perpisahan tanpa izinNya. Sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik buat kita. Kita bertemu atas izinNya, kita berpisah jua atas kehendakNya. Kita yg ditinggalkan, hulurkan kemaafan kerana di situ ada kedamaian. Kalau kita tidak belajar memaafkan perkara yg kecil, pasti sukar bagi kita untuk memaafkn perkara yg besar. Kita yg ditinggalkan, usah menipu diri. Sedih itu tak dapat dibendung, tapi bisa dikawal." (14/04/2011)

~> "Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak." (14/04/2011)

~> "Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yg menonjol atau berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruah serta apa yg lahir dari dirinya, iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya mahupun namanya sekalipun." (16/04/2011)

~> "Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kita kalah. Ia bererti kita mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH. Bahkan ungkapan 'MAAF' adalah umpama minyak wangi yg harum kepada tubuh badan, di mana ianya dapat mengubah suasana getir menjadi indah." (16/04/2011)

~> "Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yg kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tak mudah menyedari bahawa apa yg bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yg tak sedar bahawa hidup ini tak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yg lain." (16/04/2011)

~> "Salah 1 cara untuk melihat samada kita gembira dgn hidup kita adalah dengan bertanya pada diri sendiri, adakah kita suka dgn apa yg dilakukan sekarang? Adakah kita gembira dgn kehidupan sekarang dan cukup berpuas hati dgn hidup kita? Adakah kita resah dgn diri kita? Jadi ambil masa untuk merenung sejenak apa yg diinginkan dlm hdup ini selagi masih bernyawa. Amat penting bagi kita merenung dan merancang kehidupan kita agar kita tak mensia-siakan masa kita." (17/04/2011)

~> "Harta dan wang jikalau dikumpulkan dari seluruh pelusuk dunia ini pasti mampu untuk membeli semua barang yg ada di alam semesta ini, tetapi yang pasti ianya masih belum mencukupi untuk menebus maruah seorang insan yang telah tergadai. Bahkan masih belum cukup untuk membeli kebahagiaan hidup. Ingatlah, bukan semuanya boleh dibeli dan dibayar dengan harta dan wang ringgit." (18/04/2011)

~> "Orang yang paling miskin bukanlah mereka yang mengemis di kaki lima, tetapi orang yang tiada hati budi dan menganiayai sesama manusia." (18/04/2011)

~> "Yang merapatkan hubungan di antara manusia dengan manusia yang lain ialah keikhlasan manakala yang merapatkan hubungan manusia dengan Allah S.W.T ialah keimanan. Maka jadilah seorang yg ikhlas dan jujur dalam perhubungan dan pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari keredhaan & keberkatan Allah S.W.T." (18/04/2011)

~> "Carilah kawan atau sahabat kerana keikhlasan yang ada pada diri mereka dan bukan kerana kepentingan yang kita mahukan dari mereka. Jika mencari kawan atau sahabat berdasarkan kepentingan maka kesudahannya, kita juga akan dipertemukan dengan kawan atau sahabat yang inginkan kepentingan mereka dari kita. Oleh itu, berkawan dan bersahabat biarlah seikhlas hati, jangan sesekali ada kepentingan." (19/04/2011)

~> "Tak penting sekiranya kita terlalu asyik memikirkan bagaimanakah layanan orang terhadap diri kita. Apa yg lebih penting adalah, bagaimanakah layanan kita terhadap diri kita sendiri demi menjadi insan yg soleh/solehah dan berguna kepada masyarakat dan agama. Adakah ianya cukup bagus dan baik? Tanyalah diri sendiri dan ambil masa utk renungkan siapa diri kita yg sebenar dan adakah kita berpuas hati dgn layanan terhadap diri sendiri." (19/04/2011)

~> "Cinta itu tak semestinya berakhir dgn perkahwinan. Sekiranya kita tak berpeluang utk hidup bersama-sama dgn orang yg dicintai, tak bermakna kita sudah gagal dlm kehidupan. Tentu ada hikmah di sebalik peristiwa itu. Mungkin Allah S.W.T bakal menemukan kita dgn insan yg lebih baik dari orang yg pernah kita cintai. Jadi mengapa harus bersedih? Sama-samalah kita tangani kekecewaan sekiranya ada. Jangan biarkan ia terus melanda hati, kelak nanti binasalah diri." (20/04/2011)

~> "Terlanjur menarik picu sepucuk pistol mampu membunuh seorang manusia, tetapi seorang manusia yang terlanjur meluahkan kata-kata yang silap mampu merosakkan seluruh komuniti masyarakat dan ikatan perhubungan. Maka, fikir dahulu dan berhati-hatilah apabila berbicara, kalau tidak buruk padahnya." (20/04/2011)

~> "Kehidupan yang disulami dengan keikhlasan dan kejujuran pasti akan disinari dengan kebahagiaan. Kita selalu mengharapkan agar orang lain ikhlas dan jujur ketika bersama-sama dengan kita. Tetapi masalahnya, adakah keikhlasan dan kejujuran itu wujud dalam hati kita apabila kita bersama mereka? Renung-renungkanlah demi kebaikan bersama." (20/04/2011)

~> "Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain seikhlas hati, dan berasa malu apabila menerima kebaikan daripada orang lain. Manakala semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan kesalahan orang lain dan memohon maaf kesalahan diri tanpa ada rasa ego." (26/04/2011)

~> "Sepahit mana, sesusah mana, sesakit mana, setabah mana, separah mana dan sehebat mana pun dugaan yang kita hadapi, ingatlah, itulah titik tolak kedewasaan yang menjadi asam garam kehidupan kita di mana Allah sedang menguji hamba-Nya supaya jika kita bersabar, InsyaAllah kita kan mendapat ganjaran-Nya." (26/04/2011)

~> "Kadang kita sedih, kecewa, dan terluka. Tetapi jauh di atas Allah telah mengatur segalanya yang terbaik dalam hidup kita. Sesungguhnya percayalah akan janji Allah kepada orang-orang yang beriman. Semoga kita diberi kekuatan untuk terus beriman kepada-Nya dan mencari keredhaan serta keberkatan Allah S.W.T." (28/04/2011)

~> "Masa pasti berlalu bersama cerita semalam. Tapi tentunya ada kenangan yg kekal dalam lipatan sejarah. Namun jangan sesekali membiarkan kenangan itu membelenggu diri kita. Hakikatnya semalam sudah terlalu ditinggalkan, sedang hari ini, esok dan masa depan masih tiada kepastian, samar dan terlalu misteri!!! Hanya Allah yg mengetahui segalanya. Hargailah masa-masa yg ada dengan sebaiknya selagi masih bernyawa." (28/04/2011)

~> "Sesiapa yang selalu kecewa dan tewas dalam cinta, maka berusahalah untuk bangkit kembali. Sesungguhnya hanya kita yang dapat mengubah diri kita. Bukan orang lain apatah lagi kenangan lalu. Lepaskan kenangan itu jika ianya hanya menambah lara di hati. Detik malang tentu tidak selamanya akan kekal, kerana Allah S.W.T Maha Adil dan Saksama. InsyaALLAH detik bahagia pasti kan tiba jua." (28/04/2011)

~> "Tiada manusia yang berjaya dalam apa jua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya pasti akan menempuhi kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah dan berputus asa semasa kegagalan itu terjadi tetapi kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH, kejayaan pasti tiba. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." (28/04/2011)

~> "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah." (02/05/2011)

~> "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat." (02/05/2011)

~> "Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya." (03/05/2011)

~> "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Hidup perlukan keikhlasan dan kejujuran, barulah mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T." (03/05/2011)

~> "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang serta dugaan. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi." (05/05/2011)

~> "Biaq hudoh muka tapi jangan hudoh perangai. Biaq murah dan hudoh baju yg dipakai janji cukup kain tutup aurat, daripada pakai baju lawa-lawa mahai-mahai tapi tak cukup kain dedah sana sini. Biaq hidup sederhana tak mewah tapi berbudi ngan tak belagak, daripada hidup mewah kaya harta tapi miskin budi pekerti dan belagak sombong. Laki ka pompuan ka sama-sama la amik ikhtibar." (08/05/2011)

~> "Bila kita selalu cakap tak serupa bikin, tak jujur & tipu orang, pasti orang akan anggap kita ibarat 'buaya yg mengaku vegetarian' cuma makan sayur ja tak makan daging. Memang sukar dan tak boleh dipercayai. Nak tipu orang biar la berpada-pada. Jangan hidup semata-mata untuk tipu & kencing orang ja. Renungkanlah." (09/05/2011)

~> "Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah pun nak jadi susah. Senang ka susah ka, ingat la yang semua ni cuma sementara ja. Bila-bila masa Allah boleh bagi kita rezeki jadi orang senang dan bila-bila masa juga Allah boleh tarik rezeki kita jadi orang yg susah. Jadi, bersyukur la dengan apa yg ada, hargai sepenuhnya dan manfaatkanlah ia dengan sebaiknya dan ke jalan yg diredhai." (10/05/2011)

~> "Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya." (15/05/2011)

~> "Kalau kita dilanda musibah dan masalah yg buatkan diri kita tertekan dan sedih, ingatlah jalan penyelesaian dan ubat yg terbaik sekali adalah berwudhuk, Al-Quran, solat dan mohon doa kepada Allah S.W.T, bukanlah dengan airmata atau murungkan diri dan jangan sesekali cuba bunuh diri. Sesungguhnya Allah masih ingat akan kita. DIA mahu menguji hambaNYA supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran." (16/05/2011)

~> "Kadang-kala, hidup ni tak semudah dan seindah seperti yg kita sangka dan jangkakan. Adakalanya naik adakalanya turun, adakalanya manis dan adakalanya masam. Tapi yg sebenarnya, adakah kita sedar bahawa kita lah yg membentuk perjalanan hidup kita sendiri. Apa yg berlaku adalah disebabkan diri kita sendiri kerana Allah Maha Adil. Kalau kita berbuat baik, maka dibalas kebaikan dan begitulah sebaliknya." (16/05/2011)

~> "Jangan dihina barang yg kecil, kerana jarum yg kecil itu kadang-kadang boleh menumpahkan darah. Jangan dihina barang yg buruk, kerana besi buruk kalau dijual mampu menanggung makan minum orang miskin. Jangan dihina orang yg miskin, kerana mungkin orang yg dihina itulah yg akan membantu kamu ketika kamu dalam kesusahan dan mungkin orang itu jugalah yg menguruskan jenazahmu kelak. Renungkanlah." (18/05/2011)

~> "Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Peliharalah lidah anda agar ianya tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh merosakkan sesebuah perhubungan. Kadang-kadang berdiam diri adalah lebih baik daripada berkata-kata. Senyum, tak perlu kata apa-apa." (19/05/2011)

~> "Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa untuk bersyukur dan gunakannya ke jalan yang diredhai dan diberkati Allah S.W.T." (30/05/2011)

~> "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaktus berbunga tetapi tajam durinya, cantik dipandang tetapi bahaya untuk didekati. Lelaki yang tampan tanpa iman yang teguh, umpama kaca yang bersinar tetapi tidak bernilai, sedap mata memandang tetapi tak mampu untuk memberi sinar cahaya dan bimbingan terhadap wanita." (30/05/2011)

~> "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api." (30/05/2011)

~> "Kepercayaan itu ibarat sebuah pasu, kalau ianya dijaga maka akan kekal cantik dan teguh seperti sedia kala, tetapi kalau ianya pecah, mungkin boleh dibaiki tapi kecantikan dan keteguhannya tidak akan sama seperti sedia kala. Maka hargailah selagi anda masih dipercayai, jangan sesekali hilangkan kepercayaan yang diberi. Sekali ia hilang, sukar untuk dipercayai lagi." (02/06/2011)

~> "Hidup takkan sempurna kalau semuanya sentiasa indah & manis. Kerana hidup yg sempurna adalah kehidupan yg disulami dgn kebahagiaan & penderitaan, kejayaan & kegagalan, jatuh & bangun, sihat & sakit, dan mcm2 lagi yg baik & buruk. Seperti juga masakan & makanan, kalau semuanya manis pasti kurang enak rasanya, perlu juga ada rasa manis, masam, pahit, masin & tawar barulah sempurrna & enak rasanya." (25/07/2011)






"YANG BAIK DATANG DARI ALLAH S.W.T DAN YANG KURANG ADALAH DARI DIRI KITA SENDIRI" 
♥♥♥ PEACE v(^_^)v ♥♥♥